Perkeso Sasar Kutipan SIP RM479.5 Juta

Ketua Pegawai SIP, Datuk Mohd. Sahar Darusman berkata, kutipan tersebut mampu dicapai berdasarkan manfaat skim SIP yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini.

Selain itu katanya, Perkeso yakin jumlah caruman yang ditetapkan iaitu sebanyak 0.2 peratus daripada pekerja dan majikan tidak membebankan berbanding 0.5 peratus yang ditetapkan sebelum ini.

“Kita ada kira-kira 70 peratus syarikat yang mempunyai bilangan pekerja kurang daripada lima orang.Jadi anggaran keseluruhan yang perlu dicarum tidak lebih RM10.Adakah ini satu yang membebankan?

“Tambahan mula ia manfaat kepada pekerja itu sendiri jika dibuang atau diberhentikan.Sekurang-kurangnya ada sedikit pendapatan sebelum mendapat kerja lain,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Taklimat SIP bersama Industri Hospitaliti di sini hari ini.UTUSAN ONLINE


Sumber

Perkeso sasar RM479.5 juta caruman SIP