Bukan Langkah Populis

KUALA LUMPUR: Langkah membuka keahlian bukan Melayu untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat sebagai janji populis untuk meraih sokongan terhadap parti itu, yang jelas bercanggah objektif awal penubuhannya.

Tindakan itu juga bakal menjadi janji tidak tertunai dan tiada reaksi diterima daripada pengundi bukan Melayu, sebaliknya menimbulkan percanggahan pendapat antara kepemimpinan parti itu.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad, berkata sebagai parti pembangkang, mereka mudah membuat janji kosong yang popular untuk mendapatkan sokongan.

Katanya, jelas sekali keputusan itu bercanggah dengan penubuhan parti yang mensyaratkan keahlian untuk orang Melayu saja.

"Nampaknya janji yang ditabur itu adalah modal meraih sokongan dan jika benar mereka mahu membuka keahlian kepada bukan Melayu, ia bererti parti itu perlu menukar perlembagaannya.

"Ini cuma janji populis Ketua Pemuda PPBM saja. Ia sekadar percakapan untuk menarik perhatian umum terhadap parti itu. Saya tidak fikir ini persetujuan atau keputusan keseluruhan kepemimpinan parti," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman, yang mahu menggesa parti itu membuka keahlian kepada bukan Melayu jika pakatan pembangkang menjadi kerajaan selepas dua penggal.

Menerusi sebuah portal berita semalam, Syed Saddiq dilaporkan akan menggesa PPBM berhenti menyekat keahlian penuh hanya kepada Bumiputera jika gabungan pakatan pembangkang menjadi kerajaan persekutuan.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek, berkata kenyataan Syed Saddiq itu hanya modal politik untuk meraih sokongan bukan Melayu terhadap parti itu.

Katanya, keputusan membuka keahlian kepada bukan Melayu jelas sekali bercanggah dengan objektif penubuhan parti hanya untuk Bumiputera yang membawa agenda orang Melayu dan Bumiputera.

"Jika mereka mahu menjadi parti untuk semua, saya rasa PPBM akan menjadi seperti GERAKAN dan MyPPP, yang menyatakan keahlian terbuka kepada semua tetapi parti itu dikuasai oleh kaum tertentu.

"Saya rasa PPBM boleh menjadi parti untuk semua kaum tetapi akhirnya kepemimpinannya didominasi orang Melayu.

"Lagipun, parti ini ditubuhkan oleh mereka yang pernah berada dalam UMNO yang memperjuangkan mengenai orang Melayu," katanya.

Presiden Emperical Malaysia, Anina Saadudin berkata, dengan kenyataan terbaharu jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa PPBM adalah sebuah parti yang tiada arah tuju.

Katanya, parti itu ditubuhkan dengan tergesa-gesa hanya untuk dua perkara iaitu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan menyambung nyawa politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir

"Kesemua ahli PPBM di seluruh Malaysia dipergunakan untuk berkorban wang ringgit, masa, tenaga, keluarga dan insan tersayang dalam usaha menjatuhkan seorang individu bernama Najib dan menyambung nyawa politik DS Mukhriz Mahathir," katanya.

Sumber

PPBM janji kosong tarik undi
Ini Jawaban Ekonom Senior atas Pertanyaan Presiden Jokowi
Ekonomi Indonesia: Sehat Tapi tak Bisa Lari Cepat
Bicara 4 Mata bersama Perdana Menteri
Turunkan Harga Naikkan Kualitas
Kebijakan Anies Pro Rakyat Disebut Gembong Salah Kaprah
Merawat isu-isu keretakan sosial
Megawati: Taktik 1.000 Wajah yang Irasional
Jokowi Abaikan Penegakan HAM
Harga Tambang Tol Tak Pernah Naik Sejak Najib Jadi PM, Kata Menteri