500 Pelajar Dapat Hadiah Basikal

mfaizul@nstp.com.my

JAGUH berbasikal negara, Fatehah Mustafa, berharap bukan hanya dapat layak malah mampu menang pingat emas di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebelum mengumumkan persaraan daripada mewakili Malaysia.

Fatehah, 29, juga berharap akan menang pingat terutama dalam acara keirin di Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia 2018 sebagai hadiah terakhir dan penutup kerjayanya selepas mula mewakili Malaysia dalam sukan berbasikal pada 2011.

Sebagai permulaan dan persiapan awal, pelumba basikal dari Terengganu itu menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya satu emas sama ada dalam acara keirin, 200 meter pecut dan 500 meter ujian masa individu di Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional di sini, pada hujung minggu ini.

“Kemenangan di ACC Asia ini penting bagi membolehkan saya mengumpulkan sebanyak mungkin mata untuk layak beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020, selain persediaan menjelang Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2018 tidak lama lagi.

a couple of people that are standing together in uniform: PELUMBA basikal wanita negara,Fatehah Mustapa berharap akan menang pingat terutama dalam acara keirin di Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia 2018 sebagai penutup kerjayanya. Foto HAZREEN MOHAMAD© Provided by Media Prima PELUMBA basikal wanita negara,Fatehah Mustapa berharap akan menang pingat terutama dalam acara keirin di Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia 2018 sebagai penutup kerjayanya. Foto HAZREEN MOHAMAD

“Apatah lagi, sekarang saya berusia 29 tahun jadi saya berharap dapat menang sekurang-kurangnya gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai penutup kerjaya selaku pelumba basikal negara nanti,” katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Fatehah juga berharap dapat menang sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam acara keirin yang pertama kali dipertandingkan di temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, Ogos biarpun sedar saingan sengit bakal dihadapi terutama daripada peserta tuan rumah Australia.

Fatehah juga dijangka menyertai empat disiplin di Sukan Komanwel 2018 termasuk tiga acara individu iaitu keirin pecut dan ujian masa serta acara pecut berpasukan biarpun ia belum dimuktamadkan oleh jurulatih kebangsaan.

“Pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 saya mendapat tempat keempat dalam acara pecut manakala acara keirin tidak dipertandingkan. Jadi saya memang berharap dapat menang emas sama ada dalam acara keirin atau pecut sebagai penutup kerjaya.

“Tiada apa yang mustahil jika rezeki kami untuk menang emas kali ini, Insya Allah kami akan berjaya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Sumber

Hadiah terakhir Fatehah
Gempuran Rokok Murah di 'Bumi Rafflesia' Ancam Anak-Anak
YKB Yakin tak Semua Anak Band Pakai Narkoba
Gelar Lomba Band, YKB Bantu Pendidikan Nasional
KERTAS KERJA JATI DIRI TAHUN 5
Sentuhan YB PAS undang pelancong ke Pulau Ketam